Membantu Mengembalikan Prestij Masjid Kita

Inisiatif “Gema 100 masjid” ialah untuk membantu 100 buah masjid mendapatkan PA SISTEM yang selayaknya, dengan anggaran RM50,000 bagi setiap masjid. Sasaran kami ialah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM5 juta.

Misi

Membantu 100 masjid yang kekurangan dana dalam menyediakan fasiliti PA Sistem.

Fasiliti PA Sistem yang bagus perlulah mempunyai elemen :

  • Suara Terang & Jelas
  • Tahan Lama
  • Mudah Dikendalikan 

Visi

“Menggembalikan prestij masjid kita” dengan membantu masjid mendapatkan PA Sistem selayaknya.

Objektif

Untuk menggumpulkan dana sebanyak RM5 juta bagi membantu 100 buah masjid memperoleh PA Sistem (audio system)  yang selayaknya demi kelangsungan ibadah yang berkualiti serta mengekalkan kehormatan dan prestif masjid kita.

Latar Belakang
GEMA 100 MASJID

Masalah yang sering dihadapi dan agak menyedihkan adalah apabila sesebuah masjid tidak mendapat PA Sistem yang selayaknya bagi menjalankan fungsi hariannya. Lawatan tapak, tinjauan dan aduan ahli qaryah menunjukkan bahawa banyak masjid terutamanya luar bandar menghadapi masalah PA Sistem yang berpunca dari kesalahana awal peringkat design and build.

Justeru, GEMA 100 MASJID adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana secara kolektif dan terus membantu 100 buah masjid. Usaha ini membnolehkan kutipan dana dilakukan dan disebarkan ke seluruh negara, berbanding sebelum ini yang hanya bertumpu secara lokaliti yang terhad.

Selain itu, kami menjangkakan projek ini bakal memberi impak kepada 50,000 ahli qaryah dan 200,000 ahli komuniti.

Kenapa Masjid Mengalami Masalah PA System?

Berdasarkan pemerhatian kami, di sini kami menyenaraikan 4 punca utama masalah ini berlaku di kebanyakan masjid kita.

Equipment Yang Salah
Penyelenggaraan
Kekurangan Dana
Design & Build

Apa Kriteria 100 Masjid Ini?

Bertaraf Masjid
Lokasi Luar Bandar
Dana Kutipan Bulanan Kurang Daripada RM10,000

Serba Sedikit Tentang
Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd (MUAZ)

Kami menjalankan 3 perkhidmatan utama iaitu DJ perkahwinan islamik, PA sistem surau & masjid dan audio visual rental.

Kami telah beroperasi semenjak 2010, dahulu dikenali sebagai Alunan Firdausi Entertainment (AFE) sebelum dinaiktaraf kepada (MUAZ) pada tahun 2018.

80% daripada pelanggan kami adalah surau, masjid dan bangunan yang mempunyai masalah audio visual.

Mohd Farid

Core Technical Team
Technical Director

Mohd Azarizal

Core Technical Team
System Engineer

"Sejak Dari Tahun 2018 Sehingga 2021, Kami Telah Membantu Lebih 44 Buah Masjid Dan 79 Buah Surau."

Melalui kolabrasi inisiatif ini serta kepakaran teknikal yang kami ada, kami berharap impian kami membantu 100 buah masjid dapat direalisasikan untuk menggembalikan prestij masjid-masjid kita.