Soalan Lazim (Frequently Asked Questions)

Kenapa PA sistem ?

Masjid mempunyai 5 fungsi operasi utama iaitu azan, solat jemaah, kuliah, khutbah dan aktiviti komuniti seperti korban etc. Satu persamaan dalam semua fungsi ini adalah setiap fungsi ini melibatkan orang yang ramai. jadi Pa system merupakan pembantu utama kepada setiap fungsi ini.

PA system di masjid dan surau adalah sebuah sistem yang sangat kompleks sebenarnya. Dari penggunaannya mirofonnya, permintaannya pengguna dan pendengarnya, ruang yang digunakankan. Dan komponen-komponen yang ada di dalam system tu bergantung kepada keserasian komponent yang lain.

Dan kompleksiti itu perlu ditangani dengan cermat dan betul kerana ia digunakan minimum 5 kali sehari tanpa cuti! dan kebanyakan pengendali PA sistem di masjid dan surau bukan ahli. jadi mereka try and error. untung sabut alhamdulillah. banyak yang untung batu.

Kenapa Gema 100 Masjid ?

Ini adalah pilot projek yang julung kali diadakan. Sedangkan masalah PA sistem ini merupakan masalah hampir semua masjid. Ramai yang ingat pa system tu mudah dan senang dikendalikan serta dianggap enteng. Sedangkan implikasi pa system yang bagus kepada penghayatan dan penerimaan ibadah dan penyampain ilmu itu sangat-sangat penting.

Dan jangan juga dilupakan bahawa masyarakat setempat juga (non-muslim) akan mendapat keselesaan dan kemerduan terutamanya ketika azan dengan dibantu oleh tuning yang sesuai. Masjid bukan menjadi tempat ibadah ummat islam yang mendamaikan, bahkan ia juga boleh menjadi pusat pemberi maklumat yang effektif kerana masjid adalah satu satunya rumah ibadah yang mempunyai speaker luar dan yang boleh mencapai seluruh pelosok kariah/ local community.

Doakan agar pilot projek ini dapat mencapai objektifnya, dan membuka mata ramai pihak tentang kepentingan pa system dalam mengembalikan prestij masjid di tempat yang sepatutnya.

Kenapa Masjid luar bandar dan kenapa 100 sahaja masjid?

Masjid luar bandar selama ini tidak mempunyai akses kewangan yang mencukupi mungkin kerana faktor utama dari segi dana dan subject matter expert untuk menyelesaikan masalah mereka berbanding dari masjid di bandar-bandar besar.

100 masjid ini adalah permulaan (pilot projek). Kami tahu impak dia tidak lah besar kerana total masjid kita di malaysia menjangkau 6700 masjid. Tetapi sekurang-kurangnya inilah kontribusi pertama kami dalam memastikan pembantu utama fungsi masjid kita dibuat dengan rapi serta teratur. Doakan Projek ini punya kesinambungan di masa akan datang.

Kenapa dana tidak disalurkan terus ke masjid yang berkenaan?

Pengumpulan dana secara kolektif ini akan memberi manfaat kepada 100 masjid, bukan hanya 1 masjid. Dan untuk setiap masjid itu, limitasi yang selama ini menjadi penyebab pa sistem mereka tidak berfungsi secara sempurna adalah disebabkan kekurangan dana dan subjek matter expert yang boleh memberi mereka solusi yang betul. Dan kos setiap pa system masjid berbeza, bergantung kepada saiz dan cara setiap ruang masjid tersebut digunakan. Moga setiap sen yang disumbangkan kepada projek gema 100 masjid ini dapat digunakan secara effektif dan efficient kepada semua masjid-masjid yang terlibat.

Kenapa Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd sebagai subjek matter expert dalam projek gema 100 masjid?

Sejak melihat masalah ini berlaku sekian lama dari 2016. Kami banyak mempersiapkan, mengkaji cabaran sebenar pa system di masjid-masjid dan surau-surau kita. Dan melalui interaksi, sessi perbincangan dan penelitian dengan banyak masjid dan surau yang pernah kami bantu dan 75% daripadanya masih kami bantu dari segi sokongan berterusan (troubleshooting dan regular mantainance). Total lebih dari 140 masjid dan surau yang kami telah bantu

Kami rasa solusi yang kami tawarkan insyaallah, berbentuk menyeluruh serta menyelesaikan 85-90% masalah pa sistem di masjid- masjid dan surau kita, dari segi cara penggunaan mikrofon, ruang dan permintaan client-client masjid dititikberatkan supaya solusi yang diberikan kalaupun tidak tepat dengan kehendak sebahagian pihak, sepatutnya memenuhi keperluan majoriti pengguna dan pendengar audio masjid-masjid kita.

Selain dari solusi, support dari lebih 80% reputable brand owner dan brand distributor di malaysia. Serta internal organisational system yang setiasa ditambah baik dari masa ke semasa. Insyaallah membolehkan kami memberikan service sebaik mungkin serta after sales service yang decent untuk masjid-masjid dan surau-surau.

Boleh lawati website kami di www.pasystemmasjid.com atau hashtag kami #afepasistem

Kenapa Yayasan Ikram Malaysia sebagai tempat pengumpulan dana untuk projek gema 100 masjid?

Yayasan Ikram Malaysia merupakan pusat pendanaan awam yang berdaftar dan mendapat kelulusan dari pihak Bahagian Hal Ehwal dan Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Jadi, kita mahukan adalah ketelusan dalam proses pendanaan projek Gema 100 Masjid ini dimana sumbangan yang diterima akan disalurkan kembali mengikut niat penderma. Kita merupakan sebuah organisasi yang amat menitik beratkan integriti dan sehingga tahun ini, kita tidak pernah gagal untuk menghantar laporan kewangan beraudit kepada Jabatan Perdana Menteri.

Alhamdulilah kini Yayasan Ikram Malaysia bukan hanya penerima sumbangan daripada rakyat Malaysia, malah ada juga beberapa pihak dari luar negara yang turut menyumbang untuk kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

Boleh lawati website kami di www.yayasan.ikram.org.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek projek kami yang lepas

Harapan selepas projek Gema 100 Masjid ini berakhir dengan jayanya?

Selain dari impak langsung kepada masjid-masjid yang berkenaan. Harapan kami juga

1. Supaya ia dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan pa system kepada masjid dan surau

2. Bench marking PA system untuk masjid dan surau menjadi lebih tinggi. Bukan sekadar ada bunyi cukup (ABC)

3. Menjadi pemangkin kepada installer, intergrator, pengendali masjid, pembina masjid untuk menitik beratkan PA system sebagai salah pembantu utama operasi masjid dan surau.

4. Tidak berhenti disini, akan ada kesinambungan usaha ini. Untuk memastikan pa sistem di semua masjid-masjid kita di Malaysia ini mendapat hak yang selayaknya dalam mengembalikan prestij masjid kita di mata masyarakat muslim dan non muslim.

5. Para penderma lebih jelas dan terbuka dengan sedekah yang diniatkan yang lebih kekal dan memberi impak kepada lebih banyak individu.

6. Meningkatkan kepercayaan masyarakat Malaysia sama ada Muslim atau Non-muslim dengan ketelusan pihak Yayasan ikram Malaysia dan projek Gema 100 Masjid.

Bagaimanakah fundraising ini akan dibuat?

Infaq @ penyertaan tuan/puan/haji/hajjah/dato/datin/tan sri/puan seri yang budiman boleh dilakukan hanya dengan 3 cara berikut SAHAJA

1. melalui website www.gema100masjid.com

2. melalui akaun Billpliz www.billplz.com/gema

3. Direct transfer: Reference: GEMA | Maybank 5621 4240 4402 kepada Yayasan Ikram Malaysia

PERINGATAN: TIADA FUNDRAISE SECARA OFFLINE ATAU SELAIN DARI YANG DISEBUTKAN DIATAS